Wednesday, January 14, 2015
Moisturiser asli : minyak jojoba
Kulit berminyak ataupun kering dua dua memerlukan pelembap. Pelembap penting supaya kulit sentiasa berada dalam keadaan sehat, cantik dan tidak cepat berkedut. Kulit manusia dalah ciptaan yang hebat kerana mempunyai sistem lembapan semulajadi iaitu pengeluaran sebum. Sebum penting sebagai lembapan yang bertindak melindungi kulit. Namun pengeluaran yang berlebihan akan menyebabkan kulit berminyak. Apabila minyak bercampur dengan kotoran, ia akan bertukar pula menjadi jerawat.
Kulit saya dulu senang berminyak terutama di kawasan hidung dan pipi. Sebabnya mungkin produk saya membuatkan kulit lagi berminyak ataupun sel sel kulit tidak sehat. Setelah pengambilan vitamin dan menggunakan madu untuk cuci muka, saya rasa kulit saya sudah menjadi normal, maknanya tidak terlampau minyak dan tidak terlampau kering.
Namun, Set kecantikan kat luar mesti ada pencuci muka, toner, moisturiser, scrub, dan masker. Saya pon nak ader complete set jugak. Kat bawah ni adalah set kecantikan yang saya dah tukar menggunakan barang dari dapur aja dan sumber asli.
Pencuci muka --> madu
Makeup remover --> olive oil
Toner --> apple cider vinegar
Moisturiser --> minyak argan / jojoba oil
Scrub --> gula / gandum kisar
Masker --> yogurt / tepung / madu
Dalam entry ni, saya ingin cerita pasal minyak jojoba atau jojoba oil (jo) yang saya gunakan sebagai pelembap atau moisturiser. Jojoba oil berasal dari bunga dan minyak ini seakan akan minyak sebum kulit muka. Maksudnya minyak ini tidak akan menyumbat pori pori kulit muka dan senang diserap. Minyak ini kurang likat berbanding minyak argan. Jojoba oil lebih ringan dan apabila apply dimuka, tidak akan rasa berminyak.
Saya pernah baca yang jojoba oil ni ni dapat trick kulit kita supaya kurang berminyak. Kulit berminyak disebabkan pengeluaran sebum yang berlebihan. Kenapa pengeluaran sebum berlebihan ?Sebab kulit hilang lembapan semula jadi iaitu sebum, jadi dier hantar signal ke kilang sebum supaya produce sebum atau minyak. Bile kita apply jojoba oil yang seakan akan sama dengan sebum muka, kulit pon hantar signal yang minyak lembapan muka da cukup. Jadi muka akan stop berminyak. Hmm...pelik kan minyak dapat stop minyak. Tapi itu lah yang saya baca. Rata rata website acne pon rekomen minyak jojoba untuk kulit berminyak.
Minyak jojoba yang saya gunakan ialah Natural wellbeing cold pressed golden jojoba oil.
Review:
Saya telah gunakan selama sebulan dan saya puas hati. Minyak ni tak menumbuhkan jerawat baru, jadi sudah cukup baik.. Saya pakai waktu pagi, tetapi muka tak nampak berkilat. Produk farmasi yang saya pernah guna mengkilatkan shining shining spot light muka saya. Ni muka saya nampak normal.
Jadi, saya akan proceed guna jojoba oil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam sis.minyak jojoba ni ade jual di mana ya?
ReplyDeleteSalam airis,
DeleteSaya beli dari website natural wellbeing. Cara cara beli dari website ni suda saya tulis dalam entry terbaru blog. Bole check di post terbaru saye ye..