Sunday, September 8, 2013

Jerawat : Masalah selama 20 tahun

Sekadar perkongsian : Aku dan Jerawat (entri yang panjang)

                                                   (Gambar hanya rekaan semata mata)

Umur sudah masuk 30an. Sepanjang hidup, muka licin berseri seri seperti kulit bayi mungkin selama 10 tahun sahaja , iaitu dari umur 1 hingga 10 tahun. Masuk saja umur 10 tahun ( darjah 4), kulit mula keluar jerawat (j) kecik2 kat dahi, tula...banyak sangat main panas, tak masuk dengan legamnye.
Darjah 6 muka tumbuh j yang sampai ade sorang cikgu laki ni tegur..'Ni muka ni awat banyak j nih..' ape bole dicakap, sengih je la..heee. Masa kecik ni ingat lagi, start guna cleanser apricot dari nutrimetics. Start guna dari darjah 4. Sebab muka berminyak dan sudah start naik j, terpaksa guna awal cleanser.

Masuk sekolah menengah, bak kate orang hormon remaja tengah subur, j pon tumbuh di dahi pipi dagu belakang badan dengan subuuurrrr jugak.. tak masuk lagi kulit berminyak. Jeles tengok muka kulit kawan yang kering.. Lepas habis PJK takdela la muka macam lencun jee.. J masa sekolah menengah menyakitkan. Pernah satu masa, 3 sekali jerawat batu naik dekat dahi  dan bersusun..Oh em ji.. Kawan kata ni bintang tiga macam jepun jugak la.. ape ape je la sebab kawan tu muka dier pon ader jerawat jugak..hahaha.

Cleanser pada sekolah menengah diupgrade kepada ubat doktor pakar. Masa form 4, sebab naik teruk sgt, jumpa doktor pakar kulit dan ubat yang disarankan antibiotik, ubat cream malam, cleanser. Ubat makan kena dihabiskan dalam certain hari. Disebabkan hormon remaja berterusan, bila ubat doktor habis, j pon naik la semula.

Lepas habis sekolah menengah, masalah still ada lagi. Seingat macam takde hari tapi j. J dan aku tak dapat dipisahkan. Orang kata kulit berminyak bagus sebab awet muda. Hmm..tapi takkan nak tunggu tua baru nak ok.. Sed esteem diri, keyakinan diri merudum. Elakkan cakap lama lama sebab nanti dier tenung j aku..hehe... Kalau ader j yang besar kat pipi, bile nak cakap kite cover line dengan letak tangan dekat pipi..cover...

Di universiti, masa tu demam mintak ubat dekat klinik inhouse uni. Doktor tanya nak ubat jerawat tak? tak mintak pon dah dioffer sah la j ni menyakitkan mate doktor tu memandang..heee... cakap mesti la nak... Doktor inhouse kasi ubat cuci, ubat sapu malam warna kuning. Berkesan sekali! J, parut sumer hilang. Roomate pon ader guna tapi dia tak ada masalah j. Saja nak try pakai..Malam apply ubat sapu cream, esok sarung bantal unggu dier bertompok2 faded..ooo..Ubat ni kuat sampai boleh fadedkan warna sarung bantal. takpe la..janji cantik.

Lepas tu cuba pula microdermabrasion, teknik yang menggunakan crystal kecil2 untuk exfoliate kulit. Sebelum buat dermabrasion, doktor akan buang dulu white head. Sesi buang white head pada sesiapa yang selalu buat facial akan tau, proses yang sakit yang sape tak tahan akan mengalirkan air mata...mcm saya.
Sebab white head banyak sangat, doktor kata kene buat overhaul dulu..Cesss...Lepas buang white head, baru buat dermabrasion. Crystal kecik kecik tu akan buat sel mati. Lepas balik rumah, elakkan kene matahari dan sapu ubat gel pada seluruh kulit. Dalam tempoh seminggu, kulit akan mengelupas, sel kulit baru jadi lebih licin dan tak ada jerawat. Atas saran doktor, dermabrasion dibuat sekali selang 2-3minggu. Hasilnya, kulit cantik, j tiadaa. Tapi kos untuk dermabrasion tidak murah, satu kos memerlukan dalam anggaran 200, 300 ratus termasuk consultation dan ubat.

Walaupun dermabrasion menghasilkan result yang bagus dan puas hati, kulit bebas jerawat hanya bertahan 4 bulan. Lepas 4 bulan berhenti buat dermabrasion, kulit naik ber j semula. Ulang alik semula ke klinik kulit pakar yang berlainan. Walaupun klinik berlain, medication yang diberi agak sama, ubat antibiotik, ubat cuci, ubat sapu (benzoyle peroxide). Seperti biase j akan hilang bila guna antibiotik, dan naik semula lepas tu.

Daripada acne.org, benzoyle peroxide dapat hilangkan jerawat tetapi perlu di sapu ke seluruh muka. Selepas 3 minggu cuba, (benzyl peroxide diambil dari klinik kerajaan), jerawat berkurang (seminggu 2, 3 biji), tapi perubahan yang ketara ialah kulit makin kering. Selain itu pernah juge guna produk tempatan. Fasa awal penggunaan, kulit akan mengelupas dan selepas tu jadi cantik. tapi untuk penggunaan yang berterus, pori2 dekat pipi makin membesar dan pipi jadi sangat berminyak.

Sebab semuanya tak menjadi, bercadang kembali ke dermabrasion. Oleh sebab doktor makin busy dengan customer, dermabrasion tak dapat dibuat tanpa appointment. Doktor cadangkan buat chemical peel..bole la try...mande tau ok.. lepas buat chemical peel, kulit jadi terlebih sensitive. Keluar sekejap muka dah sunburn. Chemical peel pon tak jalan. Nape la kulit ni j tak surut surut..hmm..tension!

Iklan dekat tv ader yang kate tempat NYSS ni bole solvekan problem j. Okeh, lets try bebeh... menghabiskan duit lagi..takpe, duit bole dicari, dari tensen hari2 tengok cermin. Facial course yang banyak gunakan gadjet. Selain extracting (buang white head), ade cold pack, pakai macam pencil yang lalukan letrik untuk matikan kuman, dan akhir sekali mask. Quite pricey sebab kos awal perlu masuk terus package facial 10 kali, set cleanser, moisteriser, lotion, day cream, night cream dan kolagen. Fuh..banyak sekali duit terbang. Masuk facial kali ke 4, tak ade improvement berbanding waktu initial datang. Masa sebelum datang (1st treatment), jerawat slow, tapi lepas treatment jerawat fast! banyak naik sebab tiap kali treatment akan ada extraction. Setiap liang yang dibuang white head akan tumbuh jadi jerawat baru. Stop treatment.

Umur nak masuk 30an, j tak surut2.. merajuk dengan segala ubat antibiotik, cleanser atau ubat cream. Hidup bergantung dengan antibiotik macam hidup yang tak betul. Bergantung pada ubat dari kecik sampai besar bukan bererti menyembuh, tapi maknanya antibiotik ni hanya melegakan symtom sahaja. Actual cause yang sebabkan j tak dapat dirawat lagi.

Penggunaan cleanser, benzoyl peroxide, krim malam krim siang krim jerawat segala macam cream, macam sangat bergantung pada bahan kimia. sudah jadi macam keperluan. Orang zaman dulu tak guna segala macam cream pon cantik jugak. Jadi saya merumuskan masalah jerawat ni lebih dari penyelesaian yang melibatkan luaran sahaja.

Sepanjang pergi buat facial, kata kata nasihat yang biasa ialah ' minum banyak air' , ' kurangkan makanan berminyak' , ' banyakkan sayuran dan buahan', 'jangan picit jerawat' etc. Skrip yang sama saja sampai bole dihafal. Sumer dah buat tapi tak jalan jugak, nak buat lagu manoo.. Setiap hari memang wajib makan sayur buah, tak penah miss. kawan yang tak makan sayur lagi cantik kulit berbanding saya..Sob sob sob..

Tapi oleh sebab saya sudah keciwa dengan segala macam ubat luaran, saya cuba pula pengambilan vitamin dan inilah rupa rupanya punca masalah jerawat saya. Setelah 3 bulan makan vitamin secara konsisten, kalau dulu setiap kali bangun tido satu jerawat, dalam 30 hari mungkin hanya 25 hari tiada jerawat baru, tapi sekarang dalam sebulan hanya 4 hari jerawat baru ( waktu menstrual). jadi kesimpulannya masalah j saya adalah disebabkan kekurangan vitamin, vitamin deficiancy. Untuk entri yang lebih detail macam mana saya baikkan masalah j saya dengan vitamin, saya akan tulis dalam enti yang berlainan.

Secara summary, sepanjang hidup saya telah cuba menggunakan produk2 dibawah. Ada yang serasi ada yang tidak. Pencarian kulit bebas j adalah pencarian yang panjang dan memerlukan kos! Kalau dikira kos semua mungkin dapat mencecah 10ribu (dalam tempoh 20tahun)

NM Apricot cleanser
Eversoft
Klinik doktor kulit swasta dan kerajaan - 6buah
Garnier
clean and clear
sabun kambing
mustika ratu
nutrogena
subamed
natasya
hadalabo
sabun papaya
Hazeline snow
Oxy
dermabrasion
chemical peeling
facial biasa
NYSS



















30 comments:

  1. huhu.. kdg2 jerawat ni blh buat kite down.. kurang keyakinan diri.. tengok sini.. Cara Atasi Jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for sharing. Banyak information page u. Suke!

      Delete
    2. Hi admin. I pakai eversoft tkde effect sgt. sbbb rse mcm lembut. Pastu i tuka oxy.Try product yg u recommend. mmg nampak perubahan. bagus jgk pki oxy. Anyway, free2 jemput dtg ke blog i utk info2 kekal fit dan slim.
      >>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<

      Delete
  2. iyee...bila ada jerawat,malu nak jumpa orang ramai.malu nak berselfee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paham2.. Selfie sebatu jauh bole la..selfie sekaki dari kamera takut... Huhu

      Delete
  3. hai! sy pun alami cam awk.. T.T .tp sy since msuk u smp grad ni ha. da almost 4 years la. tp tu la awak lama lg dr sy. sy fhm apa awk rsa. 4 tahun pun sy rsa arghhhhh...mnyakitkan hati betul!! sdeh sgtt..hurmm..mcm2 rwtan..NYSS pn pnah pegi, klinik pkar kulit pn pnah, klnik biasa, n rwtan snri dgn plbgai produk kulit..hmm..sama jaa..skrg ni, buat rwtan d rumah jela by hands.guna je apa produk yg bleh pkai slgi j xbuat kcau truk.amalkan vitamin c organik 1000 mg tu. tu ja..buat rwtan pkar kulit dlu pn sy buat chemical peel pn ok kjap ja pastu truk balik..mkn ubat diorg pn cmtu jgk. maybe kna continue rwatan..x larat dh..deraih je duet keluar..hoho. so produk yg i pkai skrg iaitu cleanser cetaphil - cleanser ni yg doktor kulit syorkan klu kite g buat treatment ke klnik kulit. tp diorg nye dlm packaging kecik tu ha. warna grey n xde foam tu. itu la sbnrnya cetaphil yg skrg ni dlm packaging besar.jual d watson guardian tu..hihi. then, sy scrub muke jgk pkai serbuk kopi jer.ahaks.mmg best..licin je..mask muke plak, pkai floral mask ok la bgus jgk, xrmnyak kulit n kekal lmbab je kulit tp lps ni nk tukar angel mask yg rita rudaini tu,huhu.utk kcutkan jrwat sy pkai mycin yg roller tu. jnis liquid transparent, xmelekit, bleh dpt d frmsi. mmg BAGUS!! cream jrwat sy pkai safi gamat je. dlu himalaya..mmg best himalaya sbb xmgelupas kulit. tp susaah skrg nk dpt cream j himalaya tu.sob.sob.sbb tu tukar pkai safi..pn ok jgk.cma cream j klu jnis ada benzoyl peroxide xssuai ukt kulit sbb sgt kuat chemical nyer. pastu pkai bedak sjuk jer mlm2. dlaman, mkn vitamin c yg i ckp td tu.kulit i xsmbuh spnuhnya lg pn..tp pelan2 la kn...hurmmm. juz share wif u. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai shahida!
      Tq for sharing. Cetaphil, nyss, klinik pakar, klinik kerajaan, klinik biasa, chemical peeling, benzoyl peroxide - checked! Sumer penah try. Scrub pulak dlu wajib plus mask. Bukan nak burukan tapi nyss totally tak sesuai dgn i, nightmare, dengan org tu macam nak cari sales je. Asyik suruh beli product je.. Maybe dier tak memahami hati seorang yg stress muke tak surut jerawat...huhuhu.

      Utk dalaman, try la continue vit c 1000mg. Kalau i mme rasa perubahan, jerawat yang merengse tu kalau nak kluar, telan vit c 2 tblet bole rasa macam jerawat tak jadi. Pastu dr experience saya, kalau tambah vit b complex lg baik. Dari reading, vit b complex ni bagus untuk skin generation atau pemulihan. Tapi ofcos, mcam u cakap sumer ni ambik msa, so pelan pelan..

      Pimple is journey, not marathon.. (^_^)v

      Once bile kulit u dari dalam dah stable, insyallah lagi senang u nak monitor product mana yang bagus.

      Delete
  4. Saya ad masalah kulit tetiba jd kering akibat salah guna produk. Mcm mana nk pulihkan? Sebelah ja jd begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ainaa,

      First skali saya bole kasi advise base on experience tau. Kalu dari klinikal saya tak tau sgt.

      Saya penah gune product tak sesuai, jadi muka over berminyak dengan jerawat naik banyak. Ape saya buat, total stop product tu. Buang terus sebab kalau simpan nnt saya curi curi guna. Saya curi curi guna sbab, 1) terlebih optimist kulit sy mampu tolerate 2) gatal tangan nak tempek macam2 kat muka 3) nak bagi peluang kedua kepada product tu, yela kadang kadang baru je beli tak habis sebotol pon. Rugi duit.. Huhu

      Second step, bagi peluang kulit berehat. Jangan terus guna product lain. Cuci dengan cleanser yang mild sahaja atau bole try pakai madu. Madu ni natural healing. Bole baca entri saya macam mana review saya pasal cuci muka dengan madu. Berapa lama nak rehatkan kulit tu depend, kalau awak rasa muka dah back tu normal, its a good sign. Kenapa kene bagi rehat? Ibarat kulit dah cedera, ambik masa nak repair. Kulit ni sebenarnya bole heal sendiri sebab kulit dier generate sel sel baru. Sementara dier nak repair, jagan bagi tekanan lagi dengan apply product lain.

      Third step, sebab kulit kering bole apply moisturiser yang sesuai dengan awak. Kalau guna bebas chemical lg bagus. Saya pon tengah mencari moisturiser yang sesuai, tengah monitor guna minyak jojoba.

      Harap membantu ya!

      Delete
  5. As salam. Nk tye. Biasa ke klu kite experience hari ke 3@4 lps consume vit c 1000mg jerawat makin teruk. Siap kuar nanah kt jerawat tu. Knp ya? Kurang mnum air msk.ke cne. Ke awk ada suggestion. Pls. TQ in adv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cinta,
      Utk saya jerawat yang patut keluar nanah, tak jadi keluar bila consume vit c 1000mg.

      Tapi kalu cerita jerawat yang keluar lepas guna product baru sama ade product makan contohnye product detoks, atau skin care rejime baru, selalu terjadi kat saya. Contohnya, ade orang promo yang jerawat ini kene bermula pembersihan dari dalaman. Badan kite perlu bersih dari toksin kerana toksin dalam badan ni la yang akan keluar ke luar kulit dalam bentuk jerawat. Jadi, kene minum air detoks yang terdiri dari campuran serat serat tumbuhan. Selepas seminggu, jerawat keluar teruk sampai bernanah nanah. Walaupun jerawat yang selalu ade nanah, kali ni luar biasa. Bila rujuk ke orang yang jual product dan baca testimoni product, perkara ni biasa berlaku dan disebut healing process. Logiknya, badab kita penuh toksin, minum product untuk keluarkan toksin, jadi permulaan akan keluar byk toksin samada dalam bentuk jerawat, najis, air kencing etc, kemudian setelah badan kita berjaya keluarkan toksin, barulah badan akan repair kepada yanglebih baik dan stable. Selepas peringkat repair ni la baru kite dapat kulit yang sihat. Healing process ni applicable juaga untuk product dalaman dan product luaran contohnye skin regime. Ini ialah dari pembacaan saya.

      Malangnyaaaaa... Bagi badan sya, setelah minum product detoks ni, healing process saya terlalu panjang sehingga lebih sebulan. Stressss..... Dan saya give up product ini.

      Jadi bagi cinta sya hanya bole bagi suggestion ni:

      1) still continue makan vit c. Anggap healing process. Bagi masa pada kulit cinta untuk slowly adapt ke new environment, iaitu baru nak mendapat vitamin. Kalau sekadar 3, 4 hari bagi sya terlalu awal untuk bagi conclusion tidak sesuai. Minum air yang banyak juga bagus, bukan sahaje pada kulit tapi bagi whole system badan.

      2) vit c ialah repair dari dalaman. Bagi luaran pula saya suggest, teruskan product cinta yang selalu cinta gunakan dan tiada masalah. Maksud sya, jangan wtich ke cleanser atau product baru. Kite tengah monitor kesan vitamin c, jadi seeloknya kurangkan pertukaran bende bende lain. Bagi sya dulu pula, sya rehatkan kulit sya dari sebarang product, iaitu
      Compact powder, foundation
      Toner
      Moisturiser

      Sya hanya teruskan cleanser farmasi dan selang seli dengan honey facial washing.

      3) tengok pemakanan cinta semasa keluar jerawat itu. Confirmkan betul betul samada ia sebab vit c, atau sebab makan seafood, air gas, atau jajan. Muaka saya pernah naik jerawat sebab mkn lokan. Jika meme betul disebabkan vit c, cuba kurangkan dose ke 500mg dulu. Kalau jerawat disebabkan vit c, dier sepatutnya surut sedikit.

      Hmm.. Ni sahaja saya bole suggest base on experiance saya. Harap vit c ni sesuai dengan cinta dan makin berkurang pimple ye. Slowly, dont rush. It a journey, not a marathon!

      P/s: pada pimple tu try letak honey ya utk kurangkan rengse.

      Delete
    2. Nak tanya... U pnh try hada labo skincare kn? Ok x? Sbb kulit skg pn ada crisis J jgak.. Dok review product ckp hada labo ok.. Hmmm..

      Delete
  6. Anda memiliki masalah kulit? bingung harus konsultasi dengan dokter? Silahkan konsultasi di Website dokterkulitdhelya.com

    Anda ingin tampil lebih cantik tanpa masalah di kulit wajah? kunjungi dokter kulit dhelya widasmara di Malang. Informasi buka website dokterkulithelya.com

    Ingin baca artikel seputar kecantikan kulit? atau tanya jawab seputar kesehatan? Buka dokterkulitdhelya.com

    ReplyDelete
  7. i google pasal nutrimetics, tp byk info lain yg i jumpa kt sini. tq awk!

    ReplyDelete
  8. Dijual cepat, ruko lokasi sangat strategis area Malang Kota. Harga nego. Bagus untuk investasi, digunakan untuk bisnis, ataupun dikontrakkan. Silakan Hubungi 083834375641. Buruan sebelum keduluan pembeli lain...

    ReplyDelete
  9. Sis..boleh tak saya dpaatkan no phone sis..nak tya tntg jerawst saya n...smkin trok! Huhu..dash feed up dah sume n

    ReplyDelete
  10. Sis..boleh tak saya dpaatkan no phone sis..nak tya tntg jerawst saya n...smkin trok! Huhu..dash feed up dah sume n

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. sy setuju part puluhan ribu duit habis jika dihitungdlm ms 20 tahun ni utk perawatan muka sahaja.tapi jgn putus asa,ujian kita tak sama.ada setengah org naik jerawat seketul dua,pakai produk murah mcm sabun papaya tu pn dh ok.yang kita ni jenuh tonyoh dengan produk semurah safi semahal cellnique tak jugak elok2.sekarang ni sy tengah cuba chemical peeling,masuk hari ketiga dengan kulit muka yang macam sisik ikan.bertabahlah and keep on moving ladies.

    ReplyDelete
  13. Hi! Kulit kita sama ! Sampai rasa giveup . Benzoyl peroxide mmg akan buat kulit kita kering, i pernah stop pakai . then one day I try guna balik tapi kali ni i apply moisturiser! Walaupun orang kata moisturiser xsesuai dgn kulit org bminyak tp sebenarnya sangat2 perlu untuk kulit berminyak sbb bila kita pakai benzoyl peroxide, benzoyl akan amek kelembapan kulit kita , so kita kena defend balik kulit kita. and it's really works for me ! Just kena sabar pakai . everyday i just used hada labo cleanser, oxy 10, then apply aloevera gel malam dgn siang . aloevera tu dpt mlembapkan kulit kita balik . huhu . i selalu amalkan vitamin n ingat pantang larang: never ever touch ur skin with hand and kena berlembut dgn kulit kalau cuci muka just dap2 je. Bila i amalkan , kulit i makin okay n suka sangat . lepas dah xde jerawat nnt just stop pakai benzoyl peroxide tu n teruskan dgn aloevera . hehe . thanks dear sharing pasal vitamin deficiancy tu. sama2 sharing kejayaan .

    ReplyDelete
  14. Ubat sapu malam warna kuning tu nama dia apa ek

    ReplyDelete
  15. Saya kulit jenis jerawat naik ,dia tak kronik pon tapi penuh parut sebab jerawat 3 ke 4 biji baru sembuh ,keluar yang baru 3 ke 4 biji .urm saya pakai nixoderm ,clindamycin t3 ,aiken t3 ,oxy .n paling sedih bila pakai sebamed teruk naik besar2 .ada tak cadangan lain .jangan cadangkan skincare yang tak mesra senitive skin plak ye .dah serik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nad..

      Why not cuba rawat kulit dari dalam?

      Sebab jerawat ni mostly punca dia dari keradangan.

      Turunkan radang dulu, baru jerawat boleh kecut.

      :)

      Delete
  16. Saya kulit jenis jerawat naik ,dia tak kronik pon tapi penuh parut sebab jerawat 3 ke 4 biji baru sembuh ,keluar yang baru 3 ke 4 biji .urm saya pakai nixoderm ,clindamycin t3 ,aiken t3 ,oxy .n paling sedih bila pakai sebamed teruk naik besar2 .ada tak cadangan lain .jangan cadangkan skincare yang tak mesra senitive skin plak ye .dah serik

    ReplyDelete
  17. pakai nutrimetric apricot cleanser oke tak kulit ?

    ReplyDelete
  18. Salam semua...

    Jerawat mostly punca dia adalah keradangan dalam lapisan kulit.

    Minyak (sebum) terlalu banyak menyebabkan liang pori tersumbat & menjadi radang. So jerawat pun timbul.

    Why not cuba rawat rawat kulit dari dalam?

    ReplyDelete
  19. Anyway, a very good write up pinkuneko! Suka baca sharing awak. Ramai yang taksedar pasal vitamin deficiency ni..huhu

    ReplyDelete