Monday, October 27, 2014

Cuci muka dengan madu 2

Madu yang paling sesuai digunakan untuk mencuci muka adalah dari jenis manuka. Ini kerana madu manuka mengandungi kandungan antibacterial dan kuasa penyembuh yang baik. Saya pernah baca yang madu manuka juga digunakan di hospital sebagai antiseptic! Anti septic ialah pembunuh kuman, jadi ia sangat sesuai digunakan untuk kulit yang berjerawat.

 Namun begitu, madu mempunyai tahap tahap yang tertentu bergantung kepada bagaimana ia diproses dan kandungan madu itu sendiri. Jadi, ia sangat penting untuk memilih madu yang berkualiti. Berkualiti disini bermaksud

1) madu asli atau raw honey
Madu mesti dari sumber asli dan bukan dengan campuran gula. Baca di label yang mengatakan 100% raw honey. Sila pastikan tiada kandungan lain selain madu sahaja.

2) unfiltered and not process in high temperature
Selain itu pastikan madu itu 'unfiltered' dan 'not process in high temperature'. Madu yang telah diprocess menyebabkan bahan aktif didalam madu berkurangan, seterusnya mengurangkan keberkesanan.

Madu manuka yang berkualiti sebenarnya sukar didapati di malaysia, dan harganya juga sangat mahal. Satu botol kecil boleh menjangkau sehingga 100ringgit lebih, itupun bukan gred yang paling baik. Oleh kerana kekangan duit dan sumber, saya telah mencuba menggunakan madu yang senang didapati di pasaran. Setakat ini, 4 jenis madu telah saya gunakan dan di bawah adalah reviewnya. Walaupun, madu ini bukan seratus peratus raw, asli dan setinggi gred manuka, tetapi ia masih selamat digunakan. Dan jika tidak sesuai, ia masih boleh disapu atas roti! No worries~~~

Capilano Natural Floral Honey Manuka 340g
Botol berwarna kuning dengan logo lebah. Produk australia, dengan botol yang senang dibawa kebilik air dan muncung yang bersih. Jumlah yang dipicit keluar senang dikawal berbanding botol yang mulut terbuka. Harga mampu milik. Jerawat cepat kering dengan madu ini. Madu pertama dan sehingga kini yang digunakan, all time favorite.

Eu Yan Sang Manuka honey MGO 100+ 250g
Madu asli dan boleh didapati di kedai Eu Yan Sang. Harga rm82 per botol. Jerawat cepat kering dan parut senang kering dan tertanggal. Mulut botol bulat menyebabkan agak sukar kawal jumlah yang dihendaki. Elok gunakan sudu untuk cedok dari tuang terus ke tangan. Rasa dan bau yang berbeza jika dibandingkan dengan Capilano. Capilano bau manis tapi madu ini bau 'pedas'.

Al shifa natural honey
Dibeli dari kedai barangan arab. Harga mampu milik. Mulut botol bulat jadi agak susah untuk kawal kuantiti. Lebih likat dari Capilano honey, jadi saya suka gunakan sebagai skrub.

Manuka doctor active bio active manuka honey
Produk dari us. Bau madu yang pedas dan tengik. Tetapi bila digunakan sangat terasa perbezaan kerana jerawat sangat cepat kering. Parut pon sangat cepat baik. Mungkin kerana kandungan bio active mencepatkan kadar healing. Penggunakan dihentikan kerana sumber yang sukar diperolehi.

Sebagai conclusion, madu yang berkualiti tinggi sangat bagus untuk digunakan untuk merawat jerawat. Namun, semuanya bergantung kepada kos, kesesuaian serta stok. Saya memilih capilano madu kerana harganya mampu milik dan botol yang senang digunakan. Walaupun ia tidak 100peratus asli, ia masih dapat mengeringkan jerawat saya. Itu sudah memadai bagi saya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan pencuci muka madu, saya cadangankan cuba guna madu manuka asli dengan kadar mgo dan bio active untuk merawat jerawat dan mengurangkan rengsa merah jerawat. Setelah itu, cuba beralih ke madu yang ada di pasaraya dan perhatikan kesesuaian. Atau jika berminat boleh juga terus beli online untuk jenama Comvita atau Wedderspoon. Jenama ini mempunyai feedback yang baik untuk baikan jerawat.

So, enjoy your honey face washing~ ~ ~ !








12 comments:

  1. Awak macam mana nak beli maduka honey bio active tu . Saya berminat sgt . Please contact me at 0111-9438588

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dee.. manuka honey bio active brandnye `manuka doctor apiwellness 20+ bio active manuka honey`. Saya dah cuba cari di malaysia tapi tak jumpe. Hanya ade online international shipping atau di amazon.

      Delete
  2. Sis. Pls cntc me. Nak tny mcmn nak overcome acne.sy next year 30.still struggling with acne. Journey kita lebih kurg sama.. Pls cntc me 0186694099

    ReplyDelete
  3. Sis. Pls cntc me. Nak tny mcmn nak overcome acne.sy next year 30.still struggling with acne. Journey kita lebih kurg sama.. Pls cntc me 0186694099

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai alia, thanks baca blog saya yang xseberapa info ni yer. Kalau ader ape ape nk tanya saya bole personal email saya kat alincuppies@gmail.com insyaallah kalau sekadar advise dari pengalaman, bolehla. Maaf ye xdapat bagi no hp personal sebab sblm ni penah tejadi bende yang kacau privasi saya. Bulan niat nak sombong, maaf ye.

      Delete
  4. salam. selain dr madu, ada pakai muka cream tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Hi jz. Rutin sekarang hanya
      madu (cleanser)
      apple cider vinegar (toner) - mlm saje bile terase nk pakai,
      Jojoba oil (moisturiser) - pagi, mlm

      Yang len apaaa pon xpakai dah.

      Delete
  5. Salam. Kalau apple cider vinegar + water kita buat toner. Boleh tahan berapa lama ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, hi aisyah. Not sure bole tahan sampai brape lama tapi yang batch terbaru saya gune, da nk dekat 2 bulan. Saya simpan dalam botol plastik. Campur dgn air mineral botol dalam rate 4+1 acv. Dari appearance, takde keladak atau bendasing timbul. Bau pon still bau acv.

      Kalau u nk guna fresh, bole buat dalam batch kecil2, jadi cepat habis

      Delete
  6. sis..weddedspoon honey tu manuka atau organic honey

    ReplyDelete