Tuesday, October 28, 2014

Jerawatku kerana air gas !

Jerawat berpunca dari banyak faktor samada faktor dalaman atau faktor luaran.

Antara faktor dalaman yang boleh menyebabkan jerawat ialah

Hormon
Jerawat semakin menjadi jadi ketika usia meningkat remaja iaitu semasa umur 14 hingga 17 tahun. Ketika ini hormon di dalam tubuh remaja tidak stabil menyebabkan jerawat senang naik. Pada tengah bulan iaitu semasa atau sebelum haid juga jerawat senang naik.

Pemakanan
Kurangkan makanan berminyak seperti ayam goreng dan kentang goreng, banyakkan makan sayur dan buah buahan. Kurangan juga makanan yang tinggi garam dan gula.

Tidak cukup air di dalam tubuh
Tubuh memerlukan air yang cukup iaitu sekurang kurangnya 8 gelas sehari. Air dalam tubuh ini penting untuk membuang toksik di dalam tubuh melalui kencing atau peluh.

Faktor luaran yang menyebabkan jerawat pula ialah

Kurang penjagaan kebersihan kulit
Kulit yang kotor tidak dicuci dengan bersih menyebabkan pori pori muka tersumbat. Apabila pori pori muka tersumbat, bakteria akan merebak dan menyebabkan jerawat. Yang penting disini adalah membersihkan muka dengan betul dan bersih untuk membunuh bakteria dan kotoran yang terdapat di muka.

Bakteria dan kotoran dari luar
Bakteria ada dimana mana contohnya di jari, kuku, telepon atau di bantal. Kurangkan sentuhan terus ke kulit muka kerana ia boleh menimbulkan jerawat.

......

Semua di atas adalah punca punca yang menyebabkan jerawat yang selalu dibaca di blog atau dalam buku. Semuanya adalah betul tetapi bagi saya, punca yang senang dilihat adalah GULA dan HORMON.

Setelah mengamalkan pemakanan vitamin, jerawat semakin berkurangan kerana kondisi kulit saya semakin baik. Cukup vitamin c untuk membaik pulih sel, cukup vitamin b untuk mengekalkan kesihatan sel menyebabkan kulit saya tidak sensitif terhadap faktor luaran. Jika dahulu, garu muka pon akan menyebabkan jerawat, tapi kini tidak lagi.

Jerawat hanya akan naik sebelum haid (faktor dalaman yang tidak dielak oleh setiap perempuan), dan keesokan hari setelah.... Minum air gas. Air gas mempunyai kandungan gula yang tinggi, serta ber gas berbikarbonat. Air coke, 7 up, apa apa sahaja air botol yang diminum menyebabkan muka saya naik jerawat. Jadi, setelah mengenali kulit saya, saya cuba elak minuman bergas atau jika teringin, minum dan terimalah jerawat sebiji dua. Hahahaa

Muka saya hanya akan tumbuh jerawat selepas minum minuman bergas. Bagaimana pula gula dalam minuman lain dan masakan? Saya tidak nampak apa apa kesan yang ketara disebabkan gula ini. Saya juga tidak suka minum air teh atau air sirap yang manis manis jadi saya tidak dapat memberi komen.

Para reader boleh monitor sendiri keadaan kulit untuk mengesan samada kita sensitif terhadap makanan tertentu seperti makanan berminyak, seafood, atau makanan jajan. Setelah kenal pasti punca puncanya, bolehlah elakkan atau kurangkan pengambilan. Walaubagaimanapun, yang paling penting sekali ialah membaikpulih, menyehatkan dan mengekalkan kesihatan kulit. Cara caranya ialah dengan membekalkan vitamin dan nutrisi yang secukupnya pada tubuh badan. Healing from inside. Makanan organik serta segar seperti buah buahan, sayur sayuran penting dan merupakan sumber asli yang terbaik. Namun, bagi tubuh saya pengambilan makanan seimbang tidak mencukupi dan saya memerlukan supplement tambahan. Supplement tambahan seperti vitamin b, c, serta garam mineral yang lain juga diperlukan untuk menampung jumlah nutrisi yang tidak dapat diserap badan melalui pemakanan.

Jadi, kenali kulit anda terlebih dahulu!

No comments:

Post a Comment