Monday, October 6, 2014

Cuci muka dengan madu

 Setelah mengamalkan pemakanan vitamin, jerawat saya semakin hari bertambah baik. Jerawat berkurangan, kulit berminyak berkurangan dengan pengambilan vitamin b, namun yang menjadi kerisauan saya ialah kedut di bawah mata. Untuk mengurang kedut ini, saya mengamalkan pemakaian krim mata di sebelah malam. Krim mata ini membuatkan kulit di sekitar mata saya semakin lembut, dan kedutnya menjadi semakin panjang. Oh nooo.. Tak tahulah dimana yang tak kene.

 Saya merumuskan krim mata itu terlalu kuat bahan kimianya dan mungkin tidak sesuai dengan saya. Jika krim mata yang untuk kawasan yang paling sensitif di muka pon menggunakan bahan kimia yang kulit saya tidak dapat tahan, mungkin kulit saya juga sebenarnya tidak dapat tolerate dengan bahan kimia pencuci muka. Lalu saya mengambil alternatif untuk mencari pencuci muka yang lebih natural. Saya telah mengoogle di internet dan hasil pencarian, saya mendapati muka boleh dicuci dengan madu.

Madu :
Adalah anti bacteria dan anti microbial, iaitu dengan kata mudah ia dapat mematikan bakteria jerawat. Jerawat juga kurang merengsa jika disapu dengan madu

Dapat mengeringkan jerawat dan dalam masa yang sma ia juga melembapkan kulit, kerana madu akan diserap ke dalam kulit dan melembapkannya. Kulit yang lembap mengurangkan kedutan.

Dapat membaik kulit yang berparut dan berjerawat.

Sesuai sebagai pencuci muka, scrub, dan masker. All in one! Deabak. Haa..kan dah kluar bahasa korea.

Adalah bahan makanan. Makanan yang boleh dimakan bermakna selamat untuk dibubuh di muka.

Cara cara :
Sebagai pencuci muka

Saya lebih suka membiarkan saya kulit saya tidak basahi air. Letak madu ditangan dan sapu perlahan lahan di muka. Pada mulanya, madu itu akan kesat di muka tapi lama kelamaan ia akan mencair secara semulajadi. Jika madu itu sangat lekit, boleh basahkan sedikit tangan dengan air, dan sapu sedikit dimuka. Setelah selesai, bilas dengan air.

Sebagai scrub

Pada muka yang kering, terus sapu madu di muka dan urut perlahan lahan, kesat kesat madu itu dapat menarik kotoran. Setelah itu bilas dengan air.

Sebagai masker

Sapu madu di wajah dan biarkan selama 10 15 20 minit. Setelah itu bilas dengan air.

Review : pada kali pertama sahaja dengan mencuci muka muka dengan madu, saya dapat rasakan kulit saya  lembap yang original. Sebelum ini rejim kecantikkan memerlukan pencuci muka, toner, dan pelembap. Pencuci yang mengandungi alkohol mengeringkan, toner perlu disapu untuk membersihkan lebihan pencuci, pelembap perlu disapu untuk menggantikan lembapan yang hilang disebabkan alkohol. Tetapi dengan madu, kulit rasa bersih tanpa kering, rasa lembapan muka masih ada.

Kulit juga terasa bersih namun saya was was samada bersih atau tidak kerana tiada buih. Rasa tidak puas cuci muka. Jadi, saya hanya cuci muka dengan madu pada waktu siang sahaja. Pada waktu malam, saya masih menggunakan pencuci muka sedia ada. Perkara ini berlanjutan sehinggalah pencuci muka saya habis. Sebab kemalasan nak beli, dan saya rasa ok saje cuci guna madu, saya pon full time cuci muka dengan madu siang dan malam.

Sedar tak sedar, sya sudah free dari pencuci muka kimia selama 1 tahun. Sehingga sya tulis blog ini saya masih meneruskan pencuci muka madu saya. Ini perkara yang paling berkesan pada jerawat saya, hasilnya jerawat kurang, cepat mengecut, parut senang tertanggal, kedut dimata kurang, dan muka semakin lembap. Tetapi semua kesan ini adalah secara perlahan lahan, saya suka sebab ini tandanya bahan itu natural. Selain cuci muka, kadang kadang saya scrub, masker juga dengan madu.

Untuk pencuci muka madu, saya dengan tidak was was bagi 5 / 5 bintang*****


Untuk entri seterusnya, saya akan terangkan jenis madu yang pernah sya gunakan.

15 comments:

  1. salam kenal...
    Artikelnya menarik dan akan lebih menarik dan mudah di pahami apabila di tambah gambar ilustrasi..
    oya kalau untuk cara perawatan kaos kaki wanita agar tetep keren seperti apa?....

    ReplyDelete
  2. madu ori ke? kalau madu tak ori boleh tk?

    ReplyDelete
  3. Hai anis, bole baca entry cuci muka dengan madu 2 untuk jenis jenis madu yang boleh guna.

    ReplyDelete
  4. article yg sgt2 menarik 😍

    ReplyDelete
  5. bestnya!! nak beli madu jugak. dah bosan dgn produk berkimia sekarang ni!! sumber inspirasiiiiii

    ReplyDelete
  6. Oh my. Reading your blog sangat motivating. Muka saya tak pernah lekang dari jerawat. �� Dari zaman sekolah sampai dah umur 20 la ni. Keep writing ye.

    Btw, pernah tak dengar produk forever living, saya tengah guna product ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading my blog ami! Forever living penah usha dulu.. aloe vera product kan, tapi i xbeli sebab sini susah nk dapat. Aloe vera bagus! Mase nightmare guna nyss product, muke yg non stop jerawat tu i sapu aloe vera juice. Product tempatan not forever living product , aloe vera juice ambik sehari sesudu untuk internal cleansing. Tapi instead of drink, juice utk minum tu i lumur ke muka.. haha.. rase sejuk, jd jerawat yg merah2 tu rase cooling sket. Aloe bagus ade soothing effect, n kalau ambik internally bole detox.

      Untuk aloe, i kasi thumbs up!!

      Delete
  7. kat mana beli castor oil... susah nak cari.

    ReplyDelete
  8. klau guna madu dkt pasaran jenama pure honey tak silap boleh ke??

    ReplyDelete
  9. Klu nak beli madu kelulut asli boleh pm 0198737629

    ReplyDelete
  10. saya memang hentam je guna madu ssb ada baca madu ni boleh ubat segala benda. tapi bila pakai madu kan kulit jadi lembab . se saya pikir guna madu X de kesan . saya pon google. bila google, lega hati saya . saya ingatkan madu ni akan merosakkan kulit. nasib X. alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. Boleh saya thu madu yang digunakan ape ???

    ReplyDelete