Saya telah menggunakan pencuci muka semenjak dari darjah 3 lagi. Dari darjah 3 lagi saya sudah ada jerawat nasi. Kalau nak senaraikan semua jenis jenama pencuci muka yang saya sudah guna, mungkin bole penuh blog satu page. Kadang kadang pencuci muka tu tak tahan guna pon sampai habis, sebab tak serasi sekejap je saya sudah pergi ke farmasi untuk shopping pencuci muka baru. Shopping pencuci muka di farmasi juga adalah hobi saya suatu ketika dulu...hahahaha
Setelah keciwa dengan muka saya yang tak pernah surut jerawat ini, dan semenjak nampak perubahan melalui pengambilan vitamin, saya berazam untuk mengurangkan penggunaan pencuci muka berasaskan kimia ke muka saya. Daripada hasil penggooglean, antara bahan kimia yang terdapat dan tidak baik untuk kulit adalah seperti di bawah.
Paraben
Digunakan sebagai preservative. Kadang kala pencuci muka di pasaran menggunakan sumber asli dalam kandungan. Contohnya menggunakan kebaikan apricot untuk scrub, lemon untuk mencerahkan kulit, dan sebagainya. Preservative perlu diletak supaya bahan asli ini tidak merosak dan tahan lama. Saya pernah membuat parutan timun untuk cuci muka, sebab malas nak memarut hari hari, saya buat stock seminggu parutan timun dan letak dalam peti sejuk. Tapi saya guna 2 hari sahaja sebab parutan timun tu rasa dah tak best. Pencuci muka di pasaran perlu tahan lama selama atleast 3bulan atau lebih. Jadi preservative perlu diletakkan.
Benzoyl peroxide
Bahan yang selalu jumpa untuk rawat jerawat. Dah bertiub tiub dah saya guna. Dah jadi bahan wajib hari hari dulu. Semasa gunakan bp dulu, jerawat cepat kering. Tapi bukan je jerawat, kulit kat tepi tepi jerawat tu kering jugak. Masa gunakan dulu ada jugak terpikir, ni sapu kat kulit, mesti kulit serap dalam darah. Kalau banyak banyak serap dalam darah ape jadi? Entah saya pon tak nak pikir masa tu asalkan jerawat baik.
Sodium lauryl sulfate
Bahan untuk kasi berbuih. Kan best pencuci muka yang berbuih, rasa lagi bersih je. Cam basuh kain, kalau x baik buih, x bersih. Cara penggunaan pencuci muka pon sebenarnya begitu. Letakan pencuci mula sikit di tapak tangan, letakkan air sedikit, dan buat buih dahulu. Setelah itu, baru applykan buih dimuka untuk cuci. Buih tu nanti akan bawa kotoran. Masalahnya saya pernah terpikir, bahan asli di sekeliling saya takde buih pon. Pisang takde buih, jus delima xde buih, susu takde buih. Yang ader buih, tapai nasi ader la. Tu pon sikit je.
Alkohol
Alkohol bagus untuk membunuh kuman dan bakteria. Hospital gunakan alkohol untuk basmi kuman di tempat luka, untuk steril peralatan, dan sanitizer tangan juga mengandungi alkohol untuk bunuh kuman. Seperti yang kita belajar di sekolah subjek kimia, alkohol mudah meruap. Apabila meruap akan tinggalkan rasa sejuk ngan nyaman. Pencuci muka dan toner juga begitu yang membuatkan kita rasa bersih. Tetapi alkohol juga menyebabkan lapisan minyak semulajadi di kulit kita tertanggal bersih. Cuci muka berlebihan menyebabkan rasa kering. Apabila muka kering, kulit kita menghantar signal supaya lapisan sebum mengeluarkan minyak lagi. Akibatnya muka semakin berminyak. Untuk kulit jenis kering pula, ia menyebabkan kedut tanda kurang lembapan.
Kulit adalah organ terbesar bagi manusia. Apa yang kita sapu di kulit, boleh diserap ke dalam saluran darah. Sebelum kita beli makanan, kita baca dulu ingredient tin kotak makanan. Perkara yang sama juga perlu dibuat untuk bahan yang kita kenakan ke kulit kita kerana apa yang dipakai akan diserap kedalam tubuh. Pada zaman sekarang, saya rasa sangat susah untuk tidak gunakan kimia. Ubat gigi, shampoo sabun mandi semuanya diletak bahan kimia. Nak guna santan untuk cuci rambut macam zaman dulu tak sanggup pulak..heheh. Jadi kalau ada sumber asli, sumber inilah patut diberi laluan. Bak kata orang putih, BACK TO THE BASIC.
No comments:
Post a Comment