Tuesday, December 16, 2014

Makeup remover : Olive oil

Hai!

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya tentang make up remover. Saya telah mencuba make up remover dari sumber bahan makanan dan yang pastinya, bebas bahan kimia. Sebab teruja dengan hasilnya, saya nak share info ini dengan semua reader.

 Pada saya, mekap remover yang bagus adalah jenis wipes, dan mekap remover berunsurkan oil cleanser. Disini, 'wipes' adalah mekap remover jenis tisu contohnya 'simple make up remover wipes' (peket hijau).

Makeup remover berunsur oil cleanser pula purposenya untuk tanggal mekap. Ada mekap remover yang berunsurkan oil/ minyak dan ada jugak yang bukan. Mekap remover tidak sesuai digunakan sebagai routine facial cleanser sebab make up remover selalunya deep cleansing, dan muka akan terasa extra ketat lepas guna make up remover (pada pengalaman saya). Ada dari brand nutrogena, biore, loreal dan macam macam lagi.

Cara saya untuk tanggal mekap (dahulu) :
Cara 1
Sapu mekap remover wipes ke muka untuk hilangkan mekap. Gunakan 2 (atau lebih) tisu. Tisu pertama untuk buang semua mekap. Setelah rasa mekap sudah tertanggal, sapu sekali lagi dengan tisu baru untuk cuci kali kedua. Tisu tidak akan sekotor tisu pertama tetapi jika anda rasa masih ada mekap yang tertinggal, ulang sekali lagi dengan tisu baru. Setelah rasa bersih, cuci muka dengan facial cleanser yang selalu digunakan.

     Wipes---->   Wipes    ---->    Facial cleanser

Cara 2
Cuci muka dengan make up remover, sama ada oil base atau bukan. Setelah cuci, bilas dengan air. Untuk memastikan mekap sudah habis tertanggal, lap wipes ke muka dan lihat jika ada lagi warna warna mekap. Jika masih ada, ulang cucian dengan mekap remover lagi. Setelah rasa bersih, tidak perlu lagi cuci degan routine facial cleanser. Memadai dengan mekap remover sahaja.

      Makeup remover   ---->.   Wipes.     ----->.     Make up remover

Cara saya untuk tanggal mekap (sekarang):
Masih menggunakan make up remover berunsurkan oil/minyak tetapi dari sumber yang boleh dimakan, iaitu minyak zaitun atau olive oil (oo). Saya lebih suka menggunakan oo di dalam botol untuk masak spageti berbanding menggunakan oo untuk facial yang ada dijual di farmasi contohnya johnson&johnson baby olive oil. Sebabnya, saya tak yakin johnson2 olive oil boleh dimakan.. Tetapi pastikan juga oo untuk masak spageti tu yang extra virgin ye..

Caranya, lumur oo pada muka yang bermekap. Urut perlahan lahan sehingga mekap tertanggal. Selepas itu sapu dengan wipes untuk lap/buang minyak. Wipes disini hanya tisu lembap sahaja. Tidak perlu beli yang berjenama di farmasi. Pastikan mekap benar benar tanggal dengan confirmkan menggunakan tisu basah. Jika masih ada, ulang sekali lagi dengan oo. Setelah itu, cuci muka dengan madu. Muka lebih moisture jika menggunakan cara ini. Jika rasa muka berminyak, bole cuci degan facial cleanser untuk gantikan madu.

     Olive oil.  ---> tisu.   ---->. Madu / facial cleanser

Saya sangat suka makeup remover cara baru ini sebab
1) murah            
2) dari bahan selamat dan boleh dimakan
3) hasil serupa dengan produk farmasi
4) olive oil ader vitamin e
5) muka tidak ketat.

Jangan takut takut letak minyak dimuka yer, tapi pastikan juga tidak berlebihan.

Jadi, jom cuba!
Harap reader cuba dan bagi feedback.

4 comments:

  1. Hai,best bca blog ni sbb pengalaman awak handle jerawat seakan2 saya.sekarang pun still battle dgn jerawat lgi.kalau naik jerawat rasa nak pegi jumpa doktor selalu.tp in the end natural produk still the best.try guna apple cider vinegar.good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai nams, tq baca blog saya. Dulu saya pon ada gune ACV sebagai toner, tapi maybe sebab tak start makan vitamin lagi jadi tak nampak perubahan. Bole share cara awak guna ACV?

      Delete
  2. Campur je dgn air kosong nisbah 1:2.kalau x sesuai cairkan lagi.setakat ni alhamdulillah dah kurang minyak.saya dah mula cuci muka pakai madu.best!!harap awak boleh post more on this topic.tq

    ReplyDelete
  3. tq, penuh dengan info... nnti boleh order...

    ReplyDelete