Monday, December 10, 2012

Review : Cuci muka dengan air sahaja ?

Setiap orang mengalami masalah muka berjerawat. Jerawat ada bermacam macam jenis. Ada yang jenis jerawat nasi, jerawat batu, yang merah yang putih (white head), yang hitam (black head), dan lain lain lagi. Setiap insan mahukan kecantikan, biasalah tu...sapa tak nak cantik. Jadi semenjak sekolah menengah lagi, mesti sumer orang baik laki atau perempuan akan menggunakan pencuci muka. Tapi, macammana kalau pencuci muka tu yang menyebabkan muka kite lagi dipenuhi jerawat?

Dalam seminggu ini, saya telah terpengaruh dengan method yang dikenali 'cave man method'. Method ini diamalkan dengan mengunakan hanya air untuk membasuh muka, atau pon tidak membenarkan air terkena pada muka pon. Bagi yang yang beragama islam, memang tak boleh la tidak guna air air lansung kerana kite perlu berwuduk untuk tunaikan solat.

Kenapa menggunakan air saja? Sbb mengikut method ini, muka kite sebenarnya mempunyai lapisan minyak yang berfungsi untuk melindungi kulit dari luar. Apabila kita mencuci muka menggunakan cleanser yang kuat bahan kimianya, lapisan minyak ini akan terjejas dan membuatkan kite rase kulit tegang dan kering. So, bile kulit kite kering, kulit akan hantar message untuk producekan lebih minyak, menjadikan kulit kita lagi cepat berminyak. Bila lagi cepat berminyak, muka akan lebih senang naik jerawat....

Betolk ke?

Saya telah try method ini untuk 5 hari.

Day 1 : pelik betol tak cuci muka. Rase kat celah celah hidung ni cam berminyak berkerak. Tangan gatal nak picit picit hidung. Sabarrrrr...

Day 2: teruskan cuci dengan air saja. Maube nama dier caveman method sebab org zaman batu mane ada sabun. Tak cipta lagi. Jerawat baru tak de yang naik. Muka tak berminyak, rase moist yang sekata seluruh muka. Sebab selalunya kan rase kering lepas cuci muka, rasa muka yang moist ni adalah rase yang pelik. Tpi teruskan jugak cuci dengan air. Kalau masa cuci terase tak puas, saya alirkan air bawah shower lama lama. Bahagian dagu banyak naik white head.

Day3: white head rasa banyak gila.. Google kate cube cuci dengan wash cloth. Masa mandi, alirkan air atas muka sambil tu guna tuala kecil untul gosok gosok muka, terutamanya celah hidung, kening, tzone, dan dagu. Cuci dulu dengan air suam, last sekali cuci dalam 10kali guna air sejuk pulak. Keluar bilik air, muka rasa ketat tapi lepas lama lama skit, kulit rase moisture. Celah hidung pon tak rase berkerak lagi. Cuci muka+wash cloth = berjaya!

Day 4 : jerawat 2 naik kat pipi. Padan muka kat diri sendiri, sapa soh picit picit usik muka. Still taknak guna cleanser, guna air saja..

Day 5: jerawat semalam nanah. Masa cuci guna kain, jerawat pecah..terus picit sampai abes, alirkan bawahkan air lama lama..

Conclusion :
Cuci muka dengan air sahaja tidak memadai untuk kulit muka berminyak. Perlu menggunakan sabun yang mild supaya kotoran tanggal, warna berseri (iklan sabun breeze?)

P/s : orang jual cleanser jangan marah saya tau!

3 comments:

  1. Haha . Best baca blog ni . I noticed that you try your best untuk guna bahasa melayu . Bagus2 . Hehe

    ReplyDelete
  2. Tq bace blog i.. tu la, mme susah nk 100% bahase melayu, nk 100% english berterabur pulak... aiigooi

    ReplyDelete
  3. Haha... Tak leh nak samakan kita ngan caveman. Corak pemakanan depa pon dah lain. Kurang minyak, tak ada garam, gula & bahan2 pengawet. Itu yang kulit halus mulus bak sutera.

    ReplyDelete