Hai sumer,
Cuci muka dengan minyak... bio betoi! Hahaha tekejut tapi pecaya la.. saya da buat .
Ok, saya suka google di internet cara cara penjagaan kulit muka tanpa menggunakan kimia produk. Kemudian saya jumpe 'Oil cleansing method'.
Apakah?
Iaitu cara mencuci muka dengan menggunakan minyak. Boleh ke minyak cuci bersihkan muka? Para penggemar ocm percaya oil dissolve oil. Jadi kulit berminyak hanya bole dibersih dengan minyak.
Minyak apakah?
Minyak masak cap buruh. Nooo... andweeee.. (sila jerit cara kwangsoo jerit dalam iklan line'. Saya pernah menggunakan minyak jojoba dan minyak olive oil sahaja setakat ini. Untuk ocm, saya lagi prefer menggunakan minyak jojoba. Olive oil senang didapati tapi bagi kulit saya, terdapat breakout jika ocm dengan olive oil.
Macammane nak pilih minyak?
Minyak kelapa sawit boleh dipilih jika nak goreng ikan, minyak bunga jika nak buat kek. Eh, silap topik. Ni bukan blog masakan.
Minyak untuk ocm terbahagi kepada 2, castor oil dan carrier oil
Minyak castor (castor oil CO). CO ni minyak yang membersih, antibakteria tapi juga bersifat mengering. Kalau kulit kering guna co sahaja, makin kering la. Tanpa minyak castor, kulit kurang bersih, tapi kalau co sahaja kulit akan kering. Jadi minyak kastor perlu dicampur dengan minyak carrier mengikut jenis kulit kita.
Minyak carrier
Minyak yang sesuai dengan jenis kulit.
minyak jojoba sesuai untuk kulit acne prone
minyak grape seed - acne prone
minyak aprikot seed - kulit kering
minyak argan - kulit matang
minyak tamanu - semua jenis kulit
minyak olive - semua jenis kulit
Daripada reading saya, disarankan tak menggunakan minyak kelapa sebab minyak ni bersifat comedogenic (menyumbat liang roma) dan menyebabkan naik black head.
Bagaimana caranye?
oke, sekarang kita sudah ada minyak2 diatas. Campurkan carrier oil dan castor oil dengan ikut bahagiaannya. Kat bawah ni adalah guideline permulaan.
Kulit acne/berminyak - 2/3 minyak castor, 1/3 minyak carrier
kulit normal - minyak castor dan minyak carrier yang sama ratio. 1/2 minyak castor, 1/2 minyak carrier.
kulit kering - minyak castor 1/3, minyak carrier 2/3.
Setelah sudah disediakan campuran minyak ocm ni, letakkan campuran minyak dimuka dan urut /massage dengan lembut. Pastikan urut arah keatas, kalau urut kebawah nnt pipi jadi labuh le pulak... hehe.
Lepas tu, gunakan tuala kecil yang direndam dalam air suam untuk lap. Lap sehingga bersih. Kulit lepas ocm akan rasa lembap sahaja.
guideline campuran ratio tadi hanya guideline permulaan. Bagi yang sesuai ocm dan nak lebih adventurous, bole buat ratio lain dengan campur minyak jojoba, rosehip tree, avocado dan lain lain.
Bagi yang baru nak berOCM, saya cadangkan
1) gunakan jojoba oil bagi kulit berminyak, jerawat. Jangan gunakan olive oil dulu sebab saya kluar black head. Kluar black head jadi maknenye dier menyumbat pori pori.
2) mulakan ocm sedikit demi sedikit. Maksud saya, ocm seminggu sekali dahulu. Jika rasa sesuai, bole cuci setiap hari pada waktu malam sahaja. Pada waktu siang, saya lebih suka menggunakan madu cuci muka.
3) selalu monitor sebelum dan selepas ocm keadaan kulit untuk tahu sesuai atau tidak. Saya akan ocm bile saya rasa kulit muka saya open pores, banyak biji biji dan kasar. Selepas berOCM, pores saya terutama di pipi dan hidung mengecil. Kulit pon jadi lembap dan lembut. Jadi saya tahu ocm dengan jojoba oil berkesan. Masa saya guna olive oil, saya akan breakout keesokan harinye.
Jadi, mari kite berOCM plus ber'honey face cleansing'.
Mari mari mari...
saya baru nak cuba natural produk ni..guna madu dulu or minyak dulu..
ReplyDeletekat mana nak beli castor oil?
ReplyDeleteMne nak beli minyak2 ni eh?
ReplyDeletememang terkejut ni,selalu kita nak elakkan muka berminyak..haa..ni cuci muka dengan minyak haa...
ReplyDeleteBerkongsi kisah sedih seorang isteri yang suaminya menghidap Paru Paru Berair beliau tidak rela suaminya di tebuk.Namun apakah ikhtiar beliau??
Oh buat ocm boleh bantu kecikkan pori? Nak cuba gak!
ReplyDeleteboleh cuba nanti.tq info ye
ReplyDeleteBagus juga kaedah ni. Oil cuci oil..maybe should try.
ReplyDelete