Tuesday, November 20, 2012

Neck/back pain : Personal massager 100yen shop edition

Saya mengalami sakit belakang bahu sejak kebelakangan ini. Ini mungkin tanda tanda saya pekerja yang berdedikasi ?

  Sakit belakang atau sakit bahu dikalangan pekerja opis adalah disebabkan oleh postur atau keadaan badan yang tidak sesuai semasa bekerja. Cara duduk atau berdiri yang tidak ergonomik boleh menyebabkan otot otot di badan mengalami lebihan bebanan. Contohnya pekerja yang banyak menggunakan komputer dan duduk diatas kerusi yang tidak sesuai akan menyebabkan lebih bebanan terhadap otot bahu. Otot bahu terpaksa menampung berat kepala yang sama beratnya dengan berat sebiji tembikai dalam keadaan yang tidak stabil.



Dictionanary :
Ergonomic
-n
(functioning as singular) Also called : biotechnology the study of the relationship between workers ans their environment, esp the equipment they use

Disebabkan postur yang bengkok/tidak lurus semasa bekerja, saya telah mengalami sakit bahu. Apabila ini terjadi, terdapat beberapa opsyen yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan. Disini saya ingin berminat untuk memberi review produk di bawah.

Produk review

1. 'Personal massager' edisi 100yen shop -1



Barang yang menjadi kegemaran saya setakat ini. Boleh dibeli di kedai 100yen shop iaitu barang yang menjual produk dari Jepun.

Mempunyai dua bahagian, bahagian yang bulat tajam untuk menekan bahagian belakang yang sakit, bahagian yang bergerigi untuk menggaru belakang badan yang gatal. Jadi, produk ini ialah 2 in 1.

Kos : RM5

2. 'Personal massager' edisi 100yen shop -2
     Shoulder tapping


Alat yang terdiri dari pemegang, besi yang berupa spring, dan getah lembut berbentuk bola golf!
Cara kegunaan : ketuk sahaja di bahagian yang lenguh. Senang... dan lega. Spring besi yang panjang memudahkan untuk mengetuk sehingga belakang badan.

Cara cara yang biasa dilakukan apabila sakit belakang pula adalah seperti dibawah :

1. Pergi berurut dengan orang yang bertauliah

Dengan berurut dengan makcik/pakcik atau sesapa yang bertauliah dalam bidang ini, peredaran darah keseluruh anggota badan dapat dipulihkan. Kesakitan pada bahu, atau dikawasan yang tertentu mungkin disebabkan otot/urat dikawasan tersebut mengalami kekejangan. jadi, dengan berurut, kawasan tersebut menjadi lebih legaaa....
 Kebiasaannya, anda akan diurut dengan disapu minyak panas (minyak gamat, minyak serai, minyak but but, minyak kelapa etc). Minyak panas ini akan menlancarkan lagi peredaran darah. Tukang urut juga akan mencari urat urat yang berpintal dan cube meleraikan urat berpintal itu. Rasionalnya, peredaran darah yang tidak baik didalam urat akang menyebabkan urat membengkak, berpintal dan seterusnya menyebabkan lenguh, sakit dan ketidakselesaan.

Kos :
berlainan mengikut pakej (urutan seluruh badan, separuh badan, kaki, tangan )
Min Rm10 - Rm30

2. Mengurut sendiri dengan minyak panas
Beli minyak urut yang terdapat dipasaran dan mintak tolong emak ayah husband wife anak cucu untuk urut. Disebabkan tukang urut ini tidak bertauliah, mungkin usaha untuk mencari urat yang bersimpul tidak akan berjumpa kerana urutan dilakukan secara semborono.

Kos :
Harga minyak urut

3. Mandi / rendam dalam air panas

Method ini dilakukan oleh orang jepun untuk melegakan sakit sakit lenguh. Lenguh -> peredaran darah tidak baik -> rendam dalam air panas -> saluran darah mengembang -> darah mengalir -> pengaliran darah bertambah baik.

Di Jepun, orang jepun mengamalkan mandi dalam 'ofuro' atau bath tub yang diisi dengan air panas. Selain dapat melegakan sakit sendi, lemak lemak dibadan juga dapat dibakar dan memberi efek sampingan kurus.

Kos : bil letrik

6. Tukar cara bekerja
Lakukan regangan ringan setiap kali waktu rehat dalam bekerja atau lakukan selepas setiap 2 jam. Sentiasa amalkan postur yang baik semasa bekerja seperti tidak bongkok semasa duduk dan mengambil barang secara membongkok. Pastikan kerusi yang digunakan di pejabat tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.



No comments:

Post a Comment