Sunday, November 21, 2010

Accident - Apa yang perlu anda buat ?


Mungkin ader orang yang pernah terlibat dengan kemalangan tak kira la samada dilanggar atau melanggar atau tgk pelanggaran. Ni saya nak bagi tips skit apa yang perlu dibuat sekiranya kita melanggar orang dengan tak sengaja ( orang jahat je langgar dengan sengaja...)

Situasi : Syok2 drive kereta sambil mendengar lagu ni radio. Berangan...berangan.. tetiba BANGGG!! tak sempat brek lalu melanggar belakang kereta orang.
 Orang kereta di hadapan telah kluar kereta sambil menunjukkan muka yang garang dan sedia nak marah orang belakang.
 Orang yang melanggar kereta dalam kedaaan cuak, takut tak tau nak buat ape.

APA YANG PERLU ANDA TAHU ???
Kalau dalam kes kereta dilanggar dari belakang, secara automatik kesalahan adalah dr kereta belakang. Pihak di hadapan tidak bersalah. Pihak di belakang tetap bersalah walaupun dalam setengah keadaan kereta depan yang buat hal contohnyer brek mengejut sbb mengelak lubang ka apa ka..Kesalahan tetap berpihak bagi kereta belakang kerana pemandu gagal memberikan jarak selamat semasa mengekori kerete di hadapan iaitu dapat melihat bumper kereta dihadapan.

APA YANG PERLU DIBUAT ???

1) Stay cooooolllllll........

2) Check kerosakan
Pelanggar dan yang dilanggar :  Turun dari kereta dan check kerosakan yang dihadapi. Check samada bumper terjatuh, plat kereta pecah, bole start lagi kereta tau tidak, bumper belakang bole dikunci lagi atau tidak, ada kesan kesan calar, ekzos bengkok dan lain lain kerosakan.

(a) Kerosakan yang sangat teruk,
kemungkinan kereta tak dapat dihidupkan, pampasan melebihi RM500. Untuk kes ini, tifun polis ke tempat kejadian, dan ikut arahan polis selanjutnyer. Dlam kes kebiasaan, pampasan bole dituntut melalu insuran tetapi procedurnye agak panjang dan leceh.

(b) Kerosakan yang tidak teruk sangat
Si dilanggar inginkan pampasan, dan kedua dua pihak mahu menyelesaikan masalah tanpa merepot polis. Orang yang dilanggar haruslah mengambil details2 orang yang melanggar. Ambil
-no plate kerete
-no road tax kereta yang melanggar
-no IC pelanggar
-no tifun pelanggar
kebanyakkan orang hanya mengambil no plat kereta sahaja tetapi ini tidak memadai. Siapa sahaja bole mengambil no kenderaan kita dan merekodkannya. Untuk memastikan lagi pelanggar tidak mampu melarikan diri dan pasti membayar pampasan, tukar driving license dengan pelanggar. Pelanggar tidak dapat melarikan diri kerana pengenalan diri pelanggar adalah dalam gengaman org yg dilanggar..hahaha..(gelak kejam)

Setelah itu, kawtim la besama pelanggar jumlah yang perlu dibayar. Cara yang paling selamat ialah baiki sendiri dan kemukakan bil kepada si pelanggar. Cara ini lebih adil bagi kedua dua pihak.

(c) Kerosakan yang tak teruk langsung
Bolehla diabaikan sahaja kerana walaupun berlaku pelanggaran, kereta anda selamat dan anda juga selamat. Itu yang paling penting. Jika orang yang dilanggar berniat untuk mengugut orang yang dilanggar, anda bole meminta pampasan RM300 kerana kos biasa yang perlu ditanggung oleh orang yang dilanggar jika direport polis ialah saman RM300. Namun, niat anda mengugut dan memeras orang ini sangatlah tidak baik yee..

Bagi yang melanggar pula, selain perlu membayar pampasan kepada orang yang dilanggar, anda juga perlu membaiki kerosakan kereta sendiri dan ini perlu ditanggung sepenuhnya oleh diri sendiri yee..

Ok. Sekian.

No comments:

Post a Comment