Monday, October 6, 2014

Cuci muka dengan madu

 Setelah mengamalkan pemakanan vitamin, jerawat saya semakin hari bertambah baik. Jerawat berkurangan, kulit berminyak berkurangan dengan pengambilan vitamin b, namun yang menjadi kerisauan saya ialah kedut di bawah mata. Untuk mengurang kedut ini, saya mengamalkan pemakaian krim mata di sebelah malam. Krim mata ini membuatkan kulit di sekitar mata saya semakin lembut, dan kedutnya menjadi semakin panjang. Oh nooo.. Tak tahulah dimana yang tak kene.

 Saya merumuskan krim mata itu terlalu kuat bahan kimianya dan mungkin tidak sesuai dengan saya. Jika krim mata yang untuk kawasan yang paling sensitif di muka pon menggunakan bahan kimia yang kulit saya tidak dapat tahan, mungkin kulit saya juga sebenarnya tidak dapat tolerate dengan bahan kimia pencuci muka. Lalu saya mengambil alternatif untuk mencari pencuci muka yang lebih natural. Saya telah mengoogle di internet dan hasil pencarian, saya mendapati muka boleh dicuci dengan madu.

Madu :
Adalah anti bacteria dan anti microbial, iaitu dengan kata mudah ia dapat mematikan bakteria jerawat. Jerawat juga kurang merengsa jika disapu dengan madu

Dapat mengeringkan jerawat dan dalam masa yang sma ia juga melembapkan kulit, kerana madu akan diserap ke dalam kulit dan melembapkannya. Kulit yang lembap mengurangkan kedutan.

Dapat membaik kulit yang berparut dan berjerawat.

Sesuai sebagai pencuci muka, scrub, dan masker. All in one! Deabak. Haa..kan dah kluar bahasa korea.

Adalah bahan makanan. Makanan yang boleh dimakan bermakna selamat untuk dibubuh di muka.

Cara cara :
Sebagai pencuci muka

Saya lebih suka membiarkan saya kulit saya tidak basahi air. Letak madu ditangan dan sapu perlahan lahan di muka. Pada mulanya, madu itu akan kesat di muka tapi lama kelamaan ia akan mencair secara semulajadi. Jika madu itu sangat lekit, boleh basahkan sedikit tangan dengan air, dan sapu sedikit dimuka. Setelah selesai, bilas dengan air.

Sebagai scrub

Pada muka yang kering, terus sapu madu di muka dan urut perlahan lahan, kesat kesat madu itu dapat menarik kotoran. Setelah itu bilas dengan air.

Sebagai masker

Sapu madu di wajah dan biarkan selama 10 15 20 minit. Setelah itu bilas dengan air.

Review : pada kali pertama sahaja dengan mencuci muka muka dengan madu, saya dapat rasakan kulit saya  lembap yang original. Sebelum ini rejim kecantikkan memerlukan pencuci muka, toner, dan pelembap. Pencuci yang mengandungi alkohol mengeringkan, toner perlu disapu untuk membersihkan lebihan pencuci, pelembap perlu disapu untuk menggantikan lembapan yang hilang disebabkan alkohol. Tetapi dengan madu, kulit rasa bersih tanpa kering, rasa lembapan muka masih ada.

Kulit juga terasa bersih namun saya was was samada bersih atau tidak kerana tiada buih. Rasa tidak puas cuci muka. Jadi, saya hanya cuci muka dengan madu pada waktu siang sahaja. Pada waktu malam, saya masih menggunakan pencuci muka sedia ada. Perkara ini berlanjutan sehinggalah pencuci muka saya habis. Sebab kemalasan nak beli, dan saya rasa ok saje cuci guna madu, saya pon full time cuci muka dengan madu siang dan malam.

Sedar tak sedar, sya sudah free dari pencuci muka kimia selama 1 tahun. Sehingga sya tulis blog ini saya masih meneruskan pencuci muka madu saya. Ini perkara yang paling berkesan pada jerawat saya, hasilnya jerawat kurang, cepat mengecut, parut senang tertanggal, kedut dimata kurang, dan muka semakin lembap. Tetapi semua kesan ini adalah secara perlahan lahan, saya suka sebab ini tandanya bahan itu natural. Selain cuci muka, kadang kadang saya scrub, masker juga dengan madu.

Untuk pencuci muka madu, saya dengan tidak was was bagi 5 / 5 bintang*****


Untuk entri seterusnya, saya akan terangkan jenis madu yang pernah sya gunakan.

Sunday, September 21, 2014

Bahan kimia dan pencuci muka

Saya telah menggunakan pencuci muka semenjak dari darjah 3 lagi. Dari darjah 3 lagi saya sudah ada jerawat nasi. Kalau nak senaraikan semua jenis jenama pencuci muka yang saya sudah guna, mungkin bole penuh blog satu page. Kadang kadang pencuci muka tu tak tahan guna pon sampai habis, sebab tak serasi sekejap je saya sudah pergi ke farmasi untuk shopping pencuci muka baru. Shopping pencuci muka di farmasi juga adalah hobi saya suatu ketika dulu...hahahaha

Setelah keciwa dengan muka saya yang tak pernah surut jerawat ini, dan semenjak nampak perubahan melalui pengambilan vitamin, saya berazam untuk mengurangkan penggunaan pencuci muka berasaskan kimia ke muka saya. Daripada hasil penggooglean, antara bahan kimia yang terdapat dan tidak baik untuk kulit adalah seperti di bawah.

Paraben
Digunakan sebagai preservative. Kadang kala pencuci muka di pasaran menggunakan sumber asli dalam kandungan. Contohnya menggunakan kebaikan apricot untuk scrub, lemon untuk mencerahkan kulit, dan sebagainya. Preservative perlu diletak supaya bahan asli ini tidak merosak dan tahan lama. Saya pernah membuat parutan timun untuk cuci muka, sebab malas nak memarut hari hari, saya buat stock seminggu parutan timun dan letak dalam peti sejuk. Tapi saya guna 2 hari sahaja sebab parutan timun tu rasa dah tak best. Pencuci muka di pasaran perlu tahan lama selama atleast 3bulan atau lebih. Jadi preservative perlu diletakkan.

Benzoyl peroxide
Bahan yang selalu jumpa untuk rawat jerawat. Dah bertiub tiub dah saya guna. Dah jadi bahan wajib hari hari dulu. Semasa gunakan bp dulu, jerawat cepat kering. Tapi bukan je jerawat, kulit kat tepi tepi jerawat tu kering jugak. Masa gunakan dulu ada jugak terpikir, ni sapu kat kulit, mesti kulit serap dalam darah. Kalau banyak banyak serap dalam darah ape jadi? Entah saya pon tak nak pikir masa tu asalkan jerawat baik.

Sodium lauryl sulfate
Bahan untuk kasi berbuih. Kan best pencuci muka yang berbuih, rasa lagi bersih je. Cam basuh kain, kalau x baik buih, x bersih. Cara penggunaan pencuci muka pon sebenarnya begitu. Letakan pencuci mula sikit di tapak tangan, letakkan air sedikit, dan buat buih dahulu. Setelah itu, baru applykan buih dimuka untuk cuci. Buih tu nanti akan bawa kotoran. Masalahnya saya pernah terpikir, bahan asli di sekeliling saya takde buih pon. Pisang takde buih, jus delima xde buih, susu takde buih. Yang ader buih, tapai nasi ader la. Tu pon sikit je.

Alkohol
Alkohol bagus untuk membunuh kuman dan bakteria. Hospital gunakan alkohol untuk basmi kuman di tempat luka, untuk steril peralatan, dan sanitizer tangan juga mengandungi alkohol untuk bunuh kuman. Seperti yang kita belajar di sekolah subjek kimia, alkohol mudah meruap. Apabila meruap akan tinggalkan rasa sejuk ngan nyaman. Pencuci muka dan toner juga begitu yang membuatkan kita rasa bersih. Tetapi alkohol juga menyebabkan lapisan minyak semulajadi di kulit kita tertanggal bersih. Cuci muka berlebihan menyebabkan rasa kering. Apabila muka kering, kulit kita menghantar signal supaya lapisan sebum mengeluarkan minyak lagi. Akibatnya muka semakin berminyak. Untuk kulit jenis kering pula, ia menyebabkan kedut tanda kurang lembapan.

Kulit adalah organ terbesar bagi manusia. Apa yang kita sapu di kulit, boleh diserap ke dalam saluran darah. Sebelum kita beli makanan, kita baca dulu ingredient tin kotak makanan. Perkara yang sama juga perlu dibuat untuk bahan yang kita kenakan ke kulit kita kerana apa yang dipakai akan diserap kedalam tubuh. Pada zaman sekarang, saya rasa sangat susah untuk tidak gunakan kimia. Ubat gigi, shampoo sabun mandi semuanya diletak bahan kimia. Nak guna santan untuk cuci rambut macam zaman dulu tak sanggup pulak..heheh.  Jadi kalau ada sumber asli, sumber inilah patut diberi laluan. Bak kata orang putih, BACK TO THE BASIC.

Thursday, September 18, 2014

Holistik approach 2 : Jerawat dan vitamin B


Kalau orang cakap vitamin b, mesti tingat nak tambah selera makan. Vitamin b yang selalu makan mase kecik dulu dapat dari klinik kerajaan, yang cenonet warna oren tu. Sekarang saya pemakan tegar vitamin b hari hari, semuanya sebab nak kontrol jerawat..

Untuk entri yang lepas, saya cerita pasal vitamin c. Kalau ader jerawat besar, merah, dengan telan vitamin c , insyaallah jerawat mula kurang merengsa dan pertumbuhan nya terbantut. Selalu jerawat saya cycle dier camni. Rasa ada biji biji, tangan usik, esok bangun tido dah besar merah, merengse rase nak meletup, sebab tak tahan jerawat sakit, tangan sekali lagi usik usik, picit picit, jerawat ber nanah, tangan gatal lagi usik usik, bertambah nanah dan rengse, picit sampai sluar habes, tinggal parut...aahh baru lege. Tapi dengan makan vitamin c sekarang, jerawat saya dah tak pi cycle bernanah. Mase first first rengse tu, jerawat dah rase nak kecut. Jadi sekarang muka pon kurang parut, hanya tinggal parut lama.

Masalah jerawat berkurangan tapi masalah saya kulit muka berminyak tak setel lagi. Muka saya mungkin jenis kombinasi kerana kawasan dahi kering, kawasan pipi adalah berminyak. White head banyak di pipi saya. Kalau lalukan tangan, mesti ader rase biji biji. Mula mula masa jumpe doktor kulit, dier kata saya kene kurangkan makanan berminyak. Makanan yang banyak minyak menyebabkan muka semakin banyak minyak. Bole goreng ikan di muka...eh! Kiranya kelenjar sebum di muka saya semakin aktif disebabkan makanan bergoreng.

Doktor pon cakap kulit saya berminyak disebabkan famili saya sumer jenis kulit ni, jadi disebabkan keturunan. Terpaksa la redho kulit berminyak. Ok laaa..sya trima je advise doktor. Nak buat camne.. Dah bahagian saya.. Huhuhu.. Sya keje opis. Kalu kluar mkn kat luar sekejap je muka saya dah berlengas lengas...ooo tidaakkk... I malu.. Pakai mekap pon ala tak nampak bedak sebab bedak dah bercampur ngan minyak tak sampai sejam. Kadang kadang baru lepas 2jam cuci muka pon dah berminyak... Aigooooooo... Siannye saya. Tapi takpe, saya terima aje la..

Masa saya jalan jalan di internet, selain vitamin c, vitamin b pon disyorkan untuk cure jerawat. Sebabnya vitamin b berfungsi untuk pertumbuhan sel baru. Kulit yang terdiri dari lapisan epidermis terdiri dari sel sel. Sel yang sehat terbentuk dari dalam. Apabila sel tu semakin tua, dier akan tertolak hingga ke lapisan luar, lalu kering dan tertanggal. Apabila vitamin b cukup dalam badan, pertumbuhan sel berlaku dengan normal. Untuk suatu jangkamasa, sel baru akan terbentuk untuk ganti sel lama. Jika vitamin b kurang, sel baru lambat/tak terbina. Hanya sel lama yang tua kering sahaja ada tertampuk di muka menyebabkan kulit nampak kurang cantik dan bermaya.

Tetapi satu sebab yang membuatkan saya terus menerus makan vitamin b ialah untuk kontrol minyak muka saya. Saya perasan, dengan ambil satu tablet hari hari, pipi sya kurang berminyak. Sebab kurang berminyak, white head pon sudah berkurangan. Betullah seperti sya baca, vitamin b dapat stabilkan pengeluaran sebum/minyak muka. Jadi sampai ke hari ini, vitamin yang wajib untuk saya hari ada vitamin c 1000mg dan vitamin e.






Holistik approach - penyakit yang terjadi disebabkan sistem badan tidak berada dalam keadaan optimum. Dengan membaik pulih sistem badan dari dalam iaitu memastikan badan dapat semua zat, vitamin dan mineral, penyakit dapat dirawat.


** ulasan diatas adalah dari pemahaman saya melalui pembacaan. Boleh rujuk ke doktor untuk lebih penjelasan.

Monday, September 15, 2014

Holistik approach : Jerawat dan vitamin C

Semua cleanser kat watson dah try, semua klinik kulit di setiap pelusuk dah pi, jerawat ni degil lagi. Kadang kadang da rasa give up da sebab semua kesan sementara je, termasuk ubat doktor. Pi jumpe doktor asyik2 kasi makan antibiotik, ntahntah badan ni da imun antibiotik kot. Sebab tu jerawat tumbuh balik.

 So, jerawat is the symptom. There is more important rootcause that we must find out. Jalan jalan dalam internet survey cara orang putih hilangkan acne. Jumpe ayat ni 'Holistic approach in curing acne'' . Holistik bermaksud semua  adalah berkaitan dalam memulihkan sesuatu. Walaupun jerawat terjadi di permukaan kulit, tetapi ini juga petunjuk yang sistem di dalam badan kita terganggu sehingga rawatan juga memerlukan perhatian dari dalam tubuh. Total kesihatan tubuh berkaitan dengan pertumbuhan jerawat.

Hmm... Logik jugak sebabbbbb.....

20 tahun hanya fokus pembaikan dari luar. Jerawat terjadi sebab pori pori tersumbat dengan minyak. Muka kene cuci bersih bersih 10 kali untuk buang minyak. Lepas cuci, kulit kekurangan lembapan kene tambah toner untuk kembalikan ph dan letak pelembap. Tada....jerawat ader lagi. Cleanser tak berkesan tukar lain. Tak pon tempek ngn ubat jerawat. Never ending story.

Kali ni tukar different approach pulak. Kalau jumpa doktor kulit nasihat yang biasa 'banyakkan minum air', 'banyak makan sayur, buah buah, flush out the toxic'. Baik dokter.. Saya ikut nasihat tapi bukan nasihat dokter ni sebab saya dah minum sampai terkencin2, buah ngan sayur pon dah tak larat makan...lagu mana tu..

Sementara ader jerawat tengah merah merengseeee kat dagu ni, saya pi watson beli vitamin. Pilihan ialah vitamin c sebab buah dan sayur banyak vitamin c. Saya pilih vitamin c 1000 mg jenama blackmores. saya ambik 2 biji malam tu, terus high dose vitamin c 2000mg. Berdasarkan reading di internet, vitamin c adalah water soluble , vitamin yang berlebihan dalam badan akan dikeluarkan dalam air kencing. Jadi tidak berbahaya. Lgipun saya dah try macam macam nk baik jerawat ni, sumer tak jalan jadi kasi chance la saya makan overdose vitamin c ye..



Keesokkan harinya, jerawat yang merah merengseee rase nak meletup tu dah kurang merah. Rengsa pon kurang. Jerawat tu dah tak rase iritation lagi. Tetapi, benjolan jerawat masih ada. Saya teruskan makan vitamic 2 biji. Cara saya makan adalah sebiji pagi selepas sarapan dan sebiji petang sebelum mkn malam. Setelah 4 hari jerawat kat dagu hilang kepapoffffffff. Ini adalah record sebab jerawat di muka saya paling singkat akan bertamu selama atleast 2 minggu jika dibiarkan. Kalau dipicit adalah la seminggu. Ok. Teruskan makan vitamin c sebab ni dah beli sebotol. Takkan nak buang.. Setelah jerawat kat dagu tu hilang saya hanya makan sehari sebiji 1000mg. Kalau ade jerawat yang besaaaar sahaja saya buat ritual makan 2 biji. Saya teruskan mkn vitamin c selama 1 bulan.

Pemerhatian :
- vitamin c 2000mg dapat hilang kan merah rengsa jerawat.
- kadar pembaikan jerawat semakin cepat dari 2 mingu ke kurang seminggu.
- pengambilan berterusan dapat kurangkan jerawat da baikkan tekstur kulit sebab kurang jerawat tumbuh berbanding dulu.
- muka masih berminyak dan white head masih ada

Untuk post seterusnya saya akan cerita macam mane saya bole terjebak makan vitamin b. vitamin b pon sebenarnya bagus untuk kulit.



P/s: post ini hanyalah berdasarkan pengalaman penulis sepanjang menangani masalah jerawat. Cara pengambilan sebenar ubat ubatan atau vitamin atau makan supplement seeloknya mendapat rundingan dari pihak yang bertauliah.

Sunday, September 8, 2013

Jerawat : Masalah selama 20 tahun

Sekadar perkongsian : Aku dan Jerawat (entri yang panjang)

                                                   (Gambar hanya rekaan semata mata)

Umur sudah masuk 30an. Sepanjang hidup, muka licin berseri seri seperti kulit bayi mungkin selama 10 tahun sahaja , iaitu dari umur 1 hingga 10 tahun. Masuk saja umur 10 tahun ( darjah 4), kulit mula keluar jerawat (j) kecik2 kat dahi, tula...banyak sangat main panas, tak masuk dengan legamnye.
Darjah 6 muka tumbuh j yang sampai ade sorang cikgu laki ni tegur..'Ni muka ni awat banyak j nih..' ape bole dicakap, sengih je la..heee. Masa kecik ni ingat lagi, start guna cleanser apricot dari nutrimetics. Start guna dari darjah 4. Sebab muka berminyak dan sudah start naik j, terpaksa guna awal cleanser.

Masuk sekolah menengah, bak kate orang hormon remaja tengah subur, j pon tumbuh di dahi pipi dagu belakang badan dengan subuuurrrr jugak.. tak masuk lagi kulit berminyak. Jeles tengok muka kulit kawan yang kering.. Lepas habis PJK takdela la muka macam lencun jee.. J masa sekolah menengah menyakitkan. Pernah satu masa, 3 sekali jerawat batu naik dekat dahi  dan bersusun..Oh em ji.. Kawan kata ni bintang tiga macam jepun jugak la.. ape ape je la sebab kawan tu muka dier pon ader jerawat jugak..hahaha.

Cleanser pada sekolah menengah diupgrade kepada ubat doktor pakar. Masa form 4, sebab naik teruk sgt, jumpa doktor pakar kulit dan ubat yang disarankan antibiotik, ubat cream malam, cleanser. Ubat makan kena dihabiskan dalam certain hari. Disebabkan hormon remaja berterusan, bila ubat doktor habis, j pon naik la semula.

Lepas habis sekolah menengah, masalah still ada lagi. Seingat macam takde hari tapi j. J dan aku tak dapat dipisahkan. Orang kata kulit berminyak bagus sebab awet muda. Hmm..tapi takkan nak tunggu tua baru nak ok.. Sed esteem diri, keyakinan diri merudum. Elakkan cakap lama lama sebab nanti dier tenung j aku..hehe... Kalau ader j yang besar kat pipi, bile nak cakap kite cover line dengan letak tangan dekat pipi..cover...

Di universiti, masa tu demam mintak ubat dekat klinik inhouse uni. Doktor tanya nak ubat jerawat tak? tak mintak pon dah dioffer sah la j ni menyakitkan mate doktor tu memandang..heee... cakap mesti la nak... Doktor inhouse kasi ubat cuci, ubat sapu malam warna kuning. Berkesan sekali! J, parut sumer hilang. Roomate pon ader guna tapi dia tak ada masalah j. Saja nak try pakai..Malam apply ubat sapu cream, esok sarung bantal unggu dier bertompok2 faded..ooo..Ubat ni kuat sampai boleh fadedkan warna sarung bantal. takpe la..janji cantik.

Lepas tu cuba pula microdermabrasion, teknik yang menggunakan crystal kecil2 untuk exfoliate kulit. Sebelum buat dermabrasion, doktor akan buang dulu white head. Sesi buang white head pada sesiapa yang selalu buat facial akan tau, proses yang sakit yang sape tak tahan akan mengalirkan air mata...mcm saya.
Sebab white head banyak sangat, doktor kata kene buat overhaul dulu..Cesss...Lepas buang white head, baru buat dermabrasion. Crystal kecik kecik tu akan buat sel mati. Lepas balik rumah, elakkan kene matahari dan sapu ubat gel pada seluruh kulit. Dalam tempoh seminggu, kulit akan mengelupas, sel kulit baru jadi lebih licin dan tak ada jerawat. Atas saran doktor, dermabrasion dibuat sekali selang 2-3minggu. Hasilnya, kulit cantik, j tiadaa. Tapi kos untuk dermabrasion tidak murah, satu kos memerlukan dalam anggaran 200, 300 ratus termasuk consultation dan ubat.

Walaupun dermabrasion menghasilkan result yang bagus dan puas hati, kulit bebas jerawat hanya bertahan 4 bulan. Lepas 4 bulan berhenti buat dermabrasion, kulit naik ber j semula. Ulang alik semula ke klinik kulit pakar yang berlainan. Walaupun klinik berlain, medication yang diberi agak sama, ubat antibiotik, ubat cuci, ubat sapu (benzoyle peroxide). Seperti biase j akan hilang bila guna antibiotik, dan naik semula lepas tu.

Daripada acne.org, benzoyle peroxide dapat hilangkan jerawat tetapi perlu di sapu ke seluruh muka. Selepas 3 minggu cuba, (benzyl peroxide diambil dari klinik kerajaan), jerawat berkurang (seminggu 2, 3 biji), tapi perubahan yang ketara ialah kulit makin kering. Selain itu pernah juge guna produk tempatan. Fasa awal penggunaan, kulit akan mengelupas dan selepas tu jadi cantik. tapi untuk penggunaan yang berterus, pori2 dekat pipi makin membesar dan pipi jadi sangat berminyak.

Sebab semuanya tak menjadi, bercadang kembali ke dermabrasion. Oleh sebab doktor makin busy dengan customer, dermabrasion tak dapat dibuat tanpa appointment. Doktor cadangkan buat chemical peel..bole la try...mande tau ok.. lepas buat chemical peel, kulit jadi terlebih sensitive. Keluar sekejap muka dah sunburn. Chemical peel pon tak jalan. Nape la kulit ni j tak surut surut..hmm..tension!

Iklan dekat tv ader yang kate tempat NYSS ni bole solvekan problem j. Okeh, lets try bebeh... menghabiskan duit lagi..takpe, duit bole dicari, dari tensen hari2 tengok cermin. Facial course yang banyak gunakan gadjet. Selain extracting (buang white head), ade cold pack, pakai macam pencil yang lalukan letrik untuk matikan kuman, dan akhir sekali mask. Quite pricey sebab kos awal perlu masuk terus package facial 10 kali, set cleanser, moisteriser, lotion, day cream, night cream dan kolagen. Fuh..banyak sekali duit terbang. Masuk facial kali ke 4, tak ade improvement berbanding waktu initial datang. Masa sebelum datang (1st treatment), jerawat slow, tapi lepas treatment jerawat fast! banyak naik sebab tiap kali treatment akan ada extraction. Setiap liang yang dibuang white head akan tumbuh jadi jerawat baru. Stop treatment.

Umur nak masuk 30an, j tak surut2.. merajuk dengan segala ubat antibiotik, cleanser atau ubat cream. Hidup bergantung dengan antibiotik macam hidup yang tak betul. Bergantung pada ubat dari kecik sampai besar bukan bererti menyembuh, tapi maknanya antibiotik ni hanya melegakan symtom sahaja. Actual cause yang sebabkan j tak dapat dirawat lagi.

Penggunaan cleanser, benzoyl peroxide, krim malam krim siang krim jerawat segala macam cream, macam sangat bergantung pada bahan kimia. sudah jadi macam keperluan. Orang zaman dulu tak guna segala macam cream pon cantik jugak. Jadi saya merumuskan masalah jerawat ni lebih dari penyelesaian yang melibatkan luaran sahaja.

Sepanjang pergi buat facial, kata kata nasihat yang biasa ialah ' minum banyak air' , ' kurangkan makanan berminyak' , ' banyakkan sayuran dan buahan', 'jangan picit jerawat' etc. Skrip yang sama saja sampai bole dihafal. Sumer dah buat tapi tak jalan jugak, nak buat lagu manoo.. Setiap hari memang wajib makan sayur buah, tak penah miss. kawan yang tak makan sayur lagi cantik kulit berbanding saya..Sob sob sob..

Tapi oleh sebab saya sudah keciwa dengan segala macam ubat luaran, saya cuba pula pengambilan vitamin dan inilah rupa rupanya punca masalah jerawat saya. Setelah 3 bulan makan vitamin secara konsisten, kalau dulu setiap kali bangun tido satu jerawat, dalam 30 hari mungkin hanya 25 hari tiada jerawat baru, tapi sekarang dalam sebulan hanya 4 hari jerawat baru ( waktu menstrual). jadi kesimpulannya masalah j saya adalah disebabkan kekurangan vitamin, vitamin deficiancy. Untuk entri yang lebih detail macam mana saya baikkan masalah j saya dengan vitamin, saya akan tulis dalam enti yang berlainan.

Secara summary, sepanjang hidup saya telah cuba menggunakan produk2 dibawah. Ada yang serasi ada yang tidak. Pencarian kulit bebas j adalah pencarian yang panjang dan memerlukan kos! Kalau dikira kos semua mungkin dapat mencecah 10ribu (dalam tempoh 20tahun)

NM Apricot cleanser
Eversoft
Klinik doktor kulit swasta dan kerajaan - 6buah
Garnier
clean and clear
sabun kambing
mustika ratu
nutrogena
subamed
natasya
hadalabo
sabun papaya
Hazeline snow
Oxy
dermabrasion
chemical peeling
facial biasa
NYSS



















Wednesday, September 4, 2013

NIHON GO ! GO ! Learning Japanese - Numbers



In Japanese languange, 'Number' is called 'Bangou' ばんごう 番号

This is how we pronounce numbers in Japanese :

いち             に          
ICHI             NI         
ONE            TWO

さん             よん・し
SAN             YON/SHI
THREE           FOUR

ご              ろく
GO             ROKU
FIVE            SIX

しち・なな          はち
SICHI/NANA       HACHI
SEVEN           EIGHT

きゅう・く           じゅう
KYU/KU           JYU
NINE             TEN

For details from zero to million, trillion please look at below numbers chart.

Okay, happy nihongo!








Tuesday, September 3, 2013

NIHON GO ! GO ! Lesson 1 (Vocabulary)

 
Learning Japanese Lesson 1 (Vocabulary)

Let's read and memorize!

Gambarimashou!



わたし        watashi                        I

わたしたち            watashitachi                We

あなた                   anata                           You

あの ひと             ano hito                       That person, he , she

あの かた            ano kata                      That person, he , she
                                                                  (polite form)

みなさん                minasan                       All of you

だれ          dare                             who

どなた                    donata                          who (polite form)

-さい                       sai                                 -years old

なんさい                 nansai                           how old

はい                        hai                                Yes

いいえ                    iie                                  No

-------------------------------------------------------------------------------

How to address people :

さん                        san                               Mr, Ms (put after name)

ちゃん                    chan                             put after child's name

くん                         kun                              put after child's name 
                                                                   (boy)

--------------------------------------------------------------------------------

Nationality :

じん                        jin                                meaning ' a national of...'

アメリカじん           amerikajin                    american

にほんじん            nihonjin                        japanese

インドじん              indojin                          indian

ちゅうごくじん        chuugokujin                  chinese

かんこくじん          kankokujin                    korean


--------------------------------------------------------------------------------

Occupation :


せんせい                sensei                          teacher

がくせい                 gakusei                        student

エンジニア             enjinia                          engineer

かいしゃいん         kaisyain                        company employee

いしゃ                    isya                                doctor

べんごし                bengoshi                        lawyer

ぎんこういん         ginkouin                         bank employee